Pages

2008-02-18

Pesanan Daripada Adik Kak Zaleha

Sejak akhir-akhir ini terlalu sibuk dengan tugasan hingga tidak berkesempatan mengemaskinikan blog ni. Terkini, adik Kak Zaleha, mewakili kakaknya sekeluarga, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi menyumbang, baik dari segi moral mahupun wang ringgit.
Walaupun sehingga coretan ini, suami Kak Zaleha masih lagi koma dan berada di HUKM, namun satu berita gembira, duit KWSP telahpun diterima. Cuma berita sedihnya, pada saat dan ketika inilah ada individu2 yang datang menuntut hutang2, entahkan betul entahkan tidak, dek kerana tidak tertahan dengan panggilan telefon yang bertalu2 dari individu yang mengaku kawan seperniagaan suami, maka dengan hati yang berat terpaksalah Kak Zaleha melangsaikan hutang salah seorang individu yang mencecah RM20k walaupun tanpa sebarang bukti. Belum cukup itu, ada lagi beberapa individu yang menuntut hutang. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Saya pun rasa bersalah sebab sejak dipindahkan ke HUKM, tidak lagi berkesempatan melawat suami Kak Zaleha. InsyaAllah jika diizinNya dalam masa terdekat saya akan berkunjung.

2008-02-07

Perkembangan Terkini Suami Kak Zaleha

Perkembangan terkini suami kak zaleha ....keadaan masih koma..sebelah tgnnya dah takleh gerak..duit KWSP pun belum bole dikeluarkan lagi sbb ada dokumen yg diperlukan sbb sebelum ni suaminya ada wat pelaburan melalui kwsp ...Ape pun moga Allah s.w.t sentiasa beri kekuatan dan ketabahan yg luar biasa buat kak zaleha utk menjaga suaminya yg sedang sakit.ameen.
Sebarang sumbangan bolehlah dihulurkan ke akaun berikut:
ADI NORZAIMI BIN ZAINURIN
MAyBANk: 1641 2853 5092
ic: 840107-10-5729
atau
SALIM BIN MD ZIN
RHB 26406700004950
740303-10-5197
Boleh juga hubungi Kak Zaleha di talian 017-3619990
Semoga kita semua dirahmati oleh Yang Maha Esa.ameen.

2008-02-03

Suami Kritikal Perlu Bantuan (Posting Lepas)

Dari SMC ke HUKM
Berita terkini daripada adik kak zaleha, duit sumbangan yang terkumpul hasil hebahan dan blog melalui forum BJ adalah sebanyak RM713.00. Adiknya mohon izin untuk dikeluarkan bagi menampung bayaran bil hospital yang kini mencecah RM20 ribu. Sekarang tidak mencukupi sekitar RM5-6 ribu lagi..tengah usaha dan ikhtiarkan. Ini kerana bayaran bil perlu dijelaskan sebelum boleh discaj.

Mengikut perancangan, minggu ni suami kak zaleha akan dipindahkan ke HosPital UKM (HUKM), Cheras, KL. Ini kerana kos rawatan di SMC terlalu tinggi dan di luar kemampuan.

Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen.(Isnin-14.1.2008)
Awal Muharam
Selamat Tahun baru 1429H buat semua. Semoa tahun ini penuh dengan keceriaan, ketenangan dan kebahagiaan. Dugaan tetap ada di mana2 dan tanpa kira waktu.Hanya Dia yang Maha berkuasa menetap dan menentukan segalanya.

Kita mohon kpadaNya agar dipermudahkan segala urusan kak zaleha menguruskan hal2 berkaitan rawatan suaminya tercinta. Terkini dapat berita staf KWSP dah dtg melawat, rakam gambar dan temuramah sedikit sebanyak. Harap2 bole membantu sedikit sebnyk. InsyaAllah.
Sumbangan Doa
Berita terkini suami kak zaleha sedang di x-ray, sbb makanan dah tak boleh masuk, muntah2, doktor syaki ada masalah/loya/sakit bhg perut sbb dah beberapa hari tidak buang air besar.

Malam tadi juga buat pertama kali sejak koma suami kak zaleha bersin. Pagi tadi buat fisio, gerak2kan otot, tepuk2 belakang..sedut kahak.

Kesian lak nengok lehernya ditebuk, salurkan oksigen, kat hidung lak diletakkan tiub utk masukkan susu...adoooiii sy yg nengok lak terasa sakit..tambahan kebetulan ms sy gi semalam nurse dtg sedut kahak, disalurnya tiub/wayar melalui lubang yg ditebuk di leher...dia ada responds..sebelah tanganny (kiri) menggenggam kuat tilam, dan kelihatan mengerang2 dan mengalir air mata...agaknya nak cakap sakit tu...adoiii tak sanggup nengoknya...kak zaleha asyik duk urut tangan,kaki, tepuk2 dada bagi cairkan kahak, dan yg terharunya lap air mata suaminya yg mengalir tanda tak tertahan dgn kesakitan yang dialami....

saya tahan je air mata semalam, ye la karang org sihat ngalahkan isteri dia lak..tak pasal2 kak zaleha lak lemah semangat..memang kak zaleha semasa bercerita nampak air matanya bergenang...sampai kadang2 dia tak terucap ...mungkin dah habis kata2 untuk menggambarkan betapa dia amat mengharapkan agar suaminya pulih, bukan mengharapkan 100% spt sebelum ni tetapi cukuplah jika sekadar boleh bercakap dan bagitau sakit di mana2...sebab bila melihat air mata suaminya mengalir, hatinya menjadi sayu, pilu dan segala macam perasaan yang hanya dirinya dan orang2 yang pernah mengalaminya saja yang faham...

Apapun didoakan agar kak zaleha makin kuat dan tabah demi kesihatan suami tercinta. Pengorbanan dan ikhtiar kak zaleha hanya Allah yang mampu membalasnya.InsyaAllah.---6.15pm (6/1/2008)
Sudi Menderma
Kepada yang sudi menghulurkan bantuan, mana tau ada duit terpijak, tersepak ke, bolehlah bank in ke akaun adik kak zaleha ni:

Akaun RHB 26406700004950 (Salim Md. Zin- no. ic 740303-10-5197)
Kepada yang berkelapangan dan berhasrat untuk ziarah boleh la terus ke :

Zainurin Basir, Wad 4B, katil 460, Selangor Medical Centre (SMC,) seksyen 20, Shah Alam

Dan kepada mereka yang ingin beri sokongan moral, boleh la sms/call no hp kak zaleha:

Zaleha 017-3619990


Semoga apa yang kita buat hari ini adalah kerana Allah semata-mata. Usah kita terlalu banyak persoalkan kenapa dan mengapa hingga terlupa untuk membantu sekadar mampu. Takdir Allah itu yang terindah dan terbaik, walau bukan untuk kita tetapi mungkin untuk orang yang di sekeliling kita. Walau mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit tetapi mungkin dari segi muhasabah dan perubahan serta keinsafan diri. Semoga Allah memberkati para penderma budiman. Ameen.