Pages

2008-02-03

Suami Kritikal Perlu Bantuan







Seperti yang dimaklumkan blog ni antara lain bertujuan membantu insan yang dalam kesusahan. Di bawah ni dipaparkan kisah kakak kawan yang menghadapi kesusahan akibat suami koma selepas kemalangan.

Sebelum tu nak minta maaf dulu sebab saya bukan wartawan yang pakar untuk membuat 'write up', jika ada tersalah fakta harap dimaafkan. Yang penting pada saya mesej yang cuba hendak disampaikan tercapai dan semua faham bahawa mereka ini dalam kesusahan.

Ceritanya begini...



Kemalangan tu berlaku pada 18.11.2007 ...hampir tiga bulan. Masa tu suami kak zaleha, Zainurin Basir nak melintas jalan untuk ke masjid bagi solat maghrib, di Bukit Tinggi, Klang.

Beliau pernah mendapatkan rawatan di Hospital Ampuan Rahimah, Klang sehingga doktor mencadangkan agar dibawa balik ke rumah saja. Namun hati isteri yang mengharapkan keadaan suaminya pulih, berikhtiar lagi bawa ke hospital swasta, Pusat Perubatan Selangor (SMC), seksyen 20, Shah Alam pada 28.12.2007.

Mungkin ada yang tertanya-tanya sepertimana saya juga awalnya, kenapa perlu bawa ke hospital swasta jika tahu bayarannya membebankan dan di luar kemampuan? Sebenarnya sebelum bw ke SMC, kak zaleha sudahpun membuat pertanyaan kepada pihak KWSP cawangan Klang samada boleh atau tidak dikeluarkan duit KWSP suaminya untuk menanggung kos rawatan. Jawapannya positif. Maka sebab itulah suaminya dibawa ke SMC. Semasa di SMC, kak zaleha berurusan lagi dgn KWSP cawangan Klang bagi menghantar borang dan dokumen berkaitan tetapi disarankan berurusan dengan cawangan Shah Alam dengan alasan pesakit berada di hosspital kawasan Shah Alam. Apabila berurusan dengan KWSP cawangan Shah Alam, masalah timbul bila diberitahu permohonan keluar wang pesakit tidak dapat dibuat dengan alasan pesakit masih koma, jika ditakdirkan sedar dan sihat berkemungkinan pesakit akan salahkan kwsp dan 'claim' balik. Walaupun permohonan dilampirkan dengan surat doktor dan laporan perubatan namun ia tidak membantu. Alangkah hibanya .......masalahnya pesakit koma itu perlu dirawat...dan perlukan duit kwsp memandangkan kak zaleha tidak bekerja. Kadang-kadang bila berurusan dengan insan yang tidak mengambil kira budi bicara hati rasa cuak juga. Masa kak zaleha terhad untuk ke sana sini berurusan, bila terjadi kes sebegini dia lagi tawar hati walaupun dah buat rayuan namun dari hari ke hari tunggu panggilan kwsp shah alam tiada lagi...sedangkan bil bertambah..nak keluar pun perlu selesaikan bil dulu...nak balik rumah pun perlukan alat oksigen (kalau sewa RM900 sebulan)..pilhan terakhir bawa semula ke hospital klang..walau perit (sbb ada kisah pahit masa rawatan situ) demi selamatkan suami tersayang..hati isteri pasrah..






0 comments: