Pages

2008-02-18

Pesanan Daripada Adik Kak Zaleha

Sejak akhir-akhir ini terlalu sibuk dengan tugasan hingga tidak berkesempatan mengemaskinikan blog ni. Terkini, adik Kak Zaleha, mewakili kakaknya sekeluarga, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi menyumbang, baik dari segi moral mahupun wang ringgit.
Walaupun sehingga coretan ini, suami Kak Zaleha masih lagi koma dan berada di HUKM, namun satu berita gembira, duit KWSP telahpun diterima. Cuma berita sedihnya, pada saat dan ketika inilah ada individu2 yang datang menuntut hutang2, entahkan betul entahkan tidak, dek kerana tidak tertahan dengan panggilan telefon yang bertalu2 dari individu yang mengaku kawan seperniagaan suami, maka dengan hati yang berat terpaksalah Kak Zaleha melangsaikan hutang salah seorang individu yang mencecah RM20k walaupun tanpa sebarang bukti. Belum cukup itu, ada lagi beberapa individu yang menuntut hutang. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Saya pun rasa bersalah sebab sejak dipindahkan ke HUKM, tidak lagi berkesempatan melawat suami Kak Zaleha. InsyaAllah jika diizinNya dalam masa terdekat saya akan berkunjung.

0 comments: